SELAMAT DATANG KE AISY IZZLYNN (dot) COM, KUNJUNGAN ANDA KAMI HARGAI.. SILA KLIK PADA KATEGORI LIST WEBPAGE UNTUK MELIHAT SENARAI BARANG DAN KLIK PADA NAMA SETIAP BARANG UNTUK SELANJUTNYA..SILA GUNAKAN BORANG PESANAN DISUDUT YANG DISEDIAKAN. SHOWROOM AISYI ARABIC BOUTIQUE DI BANDAR TASEK SELATAN, SILA HUBUNGI KAMI UNTUK SELANJUTNYA.. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA..
Kenali potongan Jubah/Abaya anda bersama aisyizzLynn


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ini mari kita sama-sama mengenali bentuk-bentuk potongan Jubah @ abaya. Anda tentu pernah terbaca  tentang gaya abaya sama ada tentang potongannya (cutting) atau bentuknya (shape). Baiklah kali ini kita akan sama-sama mengenali beberapa jenis potongan abaya yang biasa dipasarkan oleh aisyizzLynn. Semoga, perkongsian ilmu ini akan dapat membantu anda mengenali bentuk abaya yang lebih sesuai dengan potongan badan anda.

1. Potongan A (A-Cut atau Flair)



Kebanyakan abaya yang biasa dilihat di pasaran tempatan ialah abaya dalam bentuk potongan A. Ianya sekali pandang kelihatan sama saja bentuknya dengan jubah-jubah Malaysia yang dipakai oleh sebahagian muslimah. Bentuk potongan A boleh dikatakan sangat popular kerana ianya amat sesuai dengan bentuk badan wanita Malaysia yang kebanyakannya berbentuk 'pear'. Jadi, apabila memakai abaya berpotongan A, ia akan membantu melindungi aurat dan bentuk badan si pemakainya. Selain itu bukaan bawah yang luas juga memudahkan kaki melangkah berbanding sesetengah abaya asia yang berpotongan lurus (straight cut).

2. Potongan Kembang Payung (Umbrella-Cut)


Bentuk kembang payung ini mula popular pada musim haji tahun 1432 Hijrah dan masih lagi menjadi kegemaran ramai sama ada di Arab Saudi atau di Malaysia hingga ke hari ini. Daripada pengamatan saya, pilihan Jubah/abaya kembang payung lebih banyak di Arab Saudi berbanding di negara-negara Timur Tengah yang lain. Ini berdasarkan penawaran stok yang dihantar oleh para pembekal dari sana. Secara peribadi potongan kembang payung ini kelihatan lebih sesuai digayakan oleh muslimah yang berbadan tinggi dan sederhana. Ini kerana kebiasaan potongan di bahagian dada yang mempunyai iras cara potongan cheongsam membuatkan pemakai yang berbadan gebu atau gempal kelihatan agak seksi tapi bila ditutupi dengan tudung yang labuh dan lebar, insyaAllah sesiapa pun boleh menggayakannya. Permintaan untuk jubah/abaya potongan ini pada hari ini amatlah tinggi.

3. Potongan Rama-Rama (Butterfly-Cut atau Farasha)


Para penggemar jubah/abaya di negara kita masih belum begitu berminat dengan jubah/abaya potongan rama-rama ini. Namun, di negara-negara teluk terutamanya di Ameriah Arab Bersatu (UAE), jubah/abaya potongan ini amatlah diminati ramai. Secara peribadi, kakchik juga amat menggemari bentuk abaya ini. Pada satu masa dulu ramai yang mengatakan orang yang rendah dan kecil molek tidak sesuai memakai abaya bentuk ini tapi saya telah mengubah persepsi itu dengan mencuba sendiri memakainya. MashaAllah... ianya selesa dan sangat sopan menjaga aurat kita. Bentuk Jubah/abaya rama-rama ini kelihatan agak besar berbanding abaya potongan lain dan penggunaan material juga lebih banyak namun cara menjahitnya adalah agak mudah seperti menjahit sehelai kaftan.

4. Potongan 'Overhead'


Dulu-dulu jika disebut Jubah/abaya, saya akan sering terfikirkan bentuk Jubah/abaya ini. Ini mungkin kesan seringkali terlihat gambar-gambar wanita Iran yang dipaparkan oleh media massa. Jubah/Abaya bentuk ini sangat 'evergreen' kerana ianya boleh bertahan dari berpuluh tahun dulu hinggalah ke hari ini. Kakchik jarang melihat wanita Malaysia memakai Jubah/abaya sebegini tapi ada yang memakainya terutama di kalangan wanita pondok pengajian tradisional. Namun hari ini, permintaan Jubah/abaya sebegini semakin meningkat selari dengan kesedaran menutup dan menjaga aurat yang semakin hebat sekarang ni. (Sama hebat dengan godaan membuka aurat...hmmm.)

5. Potongan Dinamik



Zaman semakin moden dan bentuk jubah/abaya juga semakin dinamik yakni potongannya kini boleh menjadi tidak sekata. Ramai pereka fesyen jubah/abaya moden mula meneroka kreativiti mereka dalam menghasilkan pelbagai bentuk Jubah/abaya moden yang cuba lari dari bentuk-bentuk skima seperti di atas. Kebiasaannya rekaan Jubah/abaya dinamik ini lebih fokus kepada jubah-jubah/abaya-abaya yang sesuai untuk majlis tertentu dan kurang praktikal untuk dipakai sehari-hari. Ini kerana jubah/abaya sebegini kelihatan agak glamor dan bagi sesetengah pendapat, ianya tidak begitu sesuai atau menepati syarat dalam penutupan aurat. Abaya sebegini lebih kepada berfesyen tapi jika kena caranya, insyaAllah ia masih boleh dimanfaatkan dalam menutup aurat dan menjaga imej si pemakainya.

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis dan bentuk abaya yang dijual di pasaran. Untuk setiap bentuk potongan di atas, aisyizzLynn ada memasarkan semuanya kecuali Jubah/abaya berpotongan 'overhead' yang masih belum kami temui tukang jahit atau pembekal yang sesuai dan berpatutan. Selain dari bentuk-bentuk abaya yang saya sebutkan di atas, anda pastinya akan terjumpa beberapa bentuk lain mengikut demografi. Ada sejenis potongan yang menjadi kebiasaan di Afrika terutama di Somalia dan ada juga sejenis potongan yang digemari rakan muslimah di Mediteranean. Apa yang pasti, bentuk Jubah/abaya tidaklah lagi lurus seperti satu masa dahulu dan kepelbagaian bentuk potongan ini nampaknya makin menarik minat kaum wanita tempatan untuk sama-sama memakainya lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mahu menjaga aurat mereka.

Related Posts by Categories



 

Copyright © aisy izzLynn .com. Designed by Whitey Mommy